Quantcast
Channel: ctnhoney
Viewing all 320 articles
Browse latest View live

5 Gambar Comel Anak Kate Middleton Dan Putera William

$
0
0
Ada 5 gambar comel anak Kate dan William. Isteri pewaris ketiga takhta Britain, Kate Middleton selamat melahirkan anak lelaki  dan diumumkan sebagai pewaris keempat takhta negara ini.

Duchess of Cambridge itu selamat melahirkan bayi tersebut kira-kira pukul 4.24 petang waktu tempatan (11.24 malam waktu Malaysia).

Kensington Palace mengumumkan kelahiran tersebut empat jam selepas Middleton, 31, selamat melahirkan anak pertamanya.

Anak kate dan William









3 Gambar Buaya Besar Tersangkut Di Tepi Sungai Kg Bukit Belimbing

$
0
0
Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

buaya gergasi di sungai bukit belimbing


buaya terbesar mati tersadai ditepi sungai 
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.


“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.

buaya besar mati ditepi sungai  kg bukit belimbing

Tangan Pelakon Shukri Yahaya Kena Tikam Dalam Menjinak Ombak

$
0
0
Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon, Shukri Yahaya apabila dia tertikam tangannya sendiri ketika menjalani penggambaran drama 'Menjinak Ombak'.Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 petang.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan megikatnya ke tangan saya," ujar Shukri yang terus dibawa ke Hospital Selayang.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Menurut Shuk lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.Info media hiburan.


Danone Dumex Tarik Balik Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac

$
0
0
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.

Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.

Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.

Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.

Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;

Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.

Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.sumber


Sinopsis Drama Cinta Jannah Akasia TV3

$
0
0
Drama terbaru di slot Akasia TV3 'Cinta Jannah' menggantikan 'Demi Dia'. Menampilkan Aeril Zafril dan Nellydia Senrose. Pasti peminat Aeril Zafril tak sabar melihat lakonannya memandangkan sudah lama juga Aeril tidak muncul di TV.

Disini dikongsikan sinopsis ringkas Drama Cinta Jannah yang akan keudara mulai 14 Ogos 2013.
Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3.
Sinopsis
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.



Lelaki belasah isteri: Wanita Mahu Dakwa Suami

$
0
0
Wanita yang dibelasah suaminya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, di sini, Isnin lalu mengakui sudah tawar hati terhadap pasangannya itu.

“Saya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya apatah lagi selepas dipukul. Saya dah tawar hati sebab itu saya tidak menangis ketika pukul,” katanya.

Wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan selepas video dia dipukul seorang lelaki dalam Youtube, mendapat reaksi pelbagai pihak, semalam.

Mangsa yang bekerja kilang berkata, dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan di kepala, muka dan paha kiri dalam kejadian itu.

Wanita itu berkata, kejadian berlaku di dalam lif di sebuah hospital swasta Bandar Perda, ketika dia dan dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut ummi dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya. ketika ditemui, di sini, semalam.
 Mangsa yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun berkata, suaminya kemudian menampar mukanya beberapa kali, walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.

“Saya keluar dari lif sebaik pintu terbuka tetapi suami menendang paha kiri hingga saya terjatuh,” katanya yang membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, dekat sini, pada hari sama.

Suami mangsa sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.

Mangsa berkata, dia pernah meminta suaminya menceraikannya tetapi dia dicabar supaya pergi ke pejabat agama.


Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, mengakui dia memuatkan video kakaknya dipukul ke dalam Youtube selepas dihantar seorang abangnya dan berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis kini memburu lelaki yang berasal dari negeri ini tetapi bertugas di Jerantut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Sinopsis Drama Diandra-Lestary TV3

$
0
0
Menggantikan 'Kisah Cinta', jangan lepaskan peluang menyaksikan drama romantik komedi, ‘Diandra’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini mengisahkan Diandra (Nur Fathia) yang merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.
Drama Diandra-Aiman Hakim Ridza dan  Nur Fathia
 Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam. Satu hari, mereka bergaduh dan telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong Adam namun akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal terjawab dalam 'Diandra' yang bakal disiarkan dalam slot Lestary di TV3, setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 20 Ogos 2013.


Adi Putra Sakit Akan Dibedah Hari Ini

$
0
0
Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.



“Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.

“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.


Jumlah Terkini Mangsa Kemalangan Bas Di Genting Highlands

$
0
0
Sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Nahas berlaku ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan berkenaan.

Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita.

Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.sumber

Gambar Kemalangan Ngeri Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

$
0
0
Operasi menyelamat nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands telah diberhentikan.

Lokasi kemalangan maut dari Genting Highlands terhumban ke dalam gaung di kilometer 3 Jalan Karak-Genting. Laporan terkini setakat ini ialah kesemua mangsa telah dikeluarkan dengan jumlah mangsa 53 orang dan 37 orang daripadanya terkorban.
Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari pusat peranginan itu ke ibu negara pada 2.45 petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera termasuk 14 dalam keadaan kritikal.

Daripada jumlah itu, lapan dimasukkan ke Hospital Selayang, lima di HKL, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.


Cerita Mangsa Terselamat Dari Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

$
0
0
Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam, memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam tadi.
Mangsa didalam bas kemalangan Jatuh Gaung Di Genting Highlands
Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.

"Mereka lihat ada mangsa yang pecah kepala, kecederaan serius selain melihat ada mangsa terperosok di bawah bas," kata Zaid.

Katanya Nur Syamimi memaklumkan kemalangan itu dengan menghubungi abang mereka yang dikenali sebagai Jeffrey sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa ke Hospital Selayang.
Zaid bersyukur kedua-dua adik-beradik, yang bercuti di pusat peranginan itu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah memandangkan ramai yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Nurul Quraitul Aini Md Jali, 19, pula memberitahu hari ini adalah hari terakhir beliau bekerja sebagai pekerja bankuet sebuah hotel.

Ngeri-Keadaan mangsa didalam bas kemalangan jatuh gaung di Genting Highlands

Kakaknya, Nur Aini berkata adiknya merupakan orang kelima yang dibawa keluar dan diselamatkan pasukan keselamatan.

"Ibu dan kami semua terkejut dengan kejadian itu dan kami bergegas datang ke hospital dari Melaka sebaik sahaja adik menghubungi kami.

"Kami gembira dan bersyukur dia selamat dan dapat melihat serta berbual dengannya tadi," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Saidah Misbun, 19, sempat menghubungi ibunya yang berada di Perak sejurus kejadian.

Kakaknya, Sajidah Misbun, 21, memberitahu, panggilan adiknya itu terputus dan mereka semua bergegas ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawatnya.

"Adik tidak sampai setahun kerja di Genting Highlands dan tidak sangka dia akan mengalami keadaan sebegini. Adik saya patah tulang rusuk belakang dan mungkin dihantar untuk pembedahan," kata Sajidah.

 -

Lagu Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Ke-56-Tanah Tumpahnya Darahku

$
0
0
'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.


Kata kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Kata kementerian itu, acara yang bermula pada jam 5 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.

"Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.

Kementerian itu berkata, 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my. -

Untuk mendengar Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-56 bertajuk Tanah Tumpahnya Darahku sila ke
Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku (Tema Sambutan Kemerdekaan ke-56)

Video Raksasa Laut Dijumpai Di Villaricos Sepanyol

$
0
0
Raksasa laut di Villaricos,Sepanyol
PENDUDUK di pinggir pantai selatan Sepanyol gempar, apabila menjumpai satu bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, makhluk itu ditemui seorang wanita tempatan berdekatan gua Almanzora di Villaricos, dalam keadaan badan dan kepala terputus.

"Ia menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak dan saintis mula menjalankan kajian terhadap penemuan ini," katanya yang mengesahkan bangkai raksasa laut bertanduk yang busuk itu telah ditanam bagi tujuan kebersihan.

Sementara itu, agensi Discovery News melaporkan, satu sampel didakwa raksasa laut pernah dikumpulkan sepasukan saintis dalam 2004 dan merumuskan ia sejenis paus dari spesies berbeza dikenali sebagai 'blobster'.



Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Syanie Dan Nadi Putera

$
0
0
Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Kegagalan dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.

Majlis pertunangan Syanie dan Nadi
Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.

“Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya.

Mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.
Syanie di majlis pertunangannya
 Berkenaan dengan pemilihan 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka, Syanie memberitahu bahawa tiada sebarang yang istimewa berkenaan tarikh tersebut.

Menurutnya, tarikh berkenaan dipilih kerana dia dan Nadi sepakat untuk tidak mahu mengadakan upacara perkahwinan ketika musim cuti persekolahan. “Selain itu, kami memang enggan bertunang dalam tempoh yang lama dan ia merupakan kehendak bapa Nadi sendiri yang mahu ia diadakan secepat mungkin.

“Saya fikir elok juga kalau kami tidak bertunang lama-lama. Lagipun, kalau sudah bertunang ini memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi nanti.
Nadi bakal suami pelakon Syanie
Berbanding Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.

Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.

Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.
 

Logo/Lambang Kumpulan Kongsi Gelap

$
0
0
Logo kumpulan kongsi gelap di Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.

Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.

Dengan pendedahan itu, tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana individu untuk menggunakannya kerana tindakan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 menanti mereka yang ingkar.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki logo-logo tersebut sama ada sedar atau tidak mesti membuang, memadam atau menanggalkannya.

Antara logo-logo yang dimaksudkan termasuklah daripada kumpulan geng Melayu iaitu Double 7 yang menggunakan simbol bunga padi dan labah-labah serta Geng 38 dan Geng 21 yang dipelopori kaum Cina dan menggunakan simbol bendera sebagai logo.

Tatoo dan logo ahli kongsi gelap


Gambar Majlis Merisik dan Bertunang Rozita Che Wan dan Zain Saidin

$
0
0
Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
 rozita che wan dan Zain Saidin nikah disember 2013
Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.

Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.
cincin pertunangan rozita che wan dan Zain Saidin

Majlis pertunangan rozita che wan dan Zain Saidin

Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.

Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu.

Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.sumber

Kredit gambar kepada Instagram Annas Easkey, Man Kajang dan Qudyn.

Special Giveaway Handmade Bag ct N honey

$
0
0
Special Giveaway ini diadakan adalah sempena dengan kelahiran laman web pertama saya Handmade Bag ct N honey. Kenapa ia nya special? Ini kerana saya rasa amat berbangga kerana dapat membuat laman web ini sendiri walaupun saya bukan lah pandai sangat....

Diharapkan dengan Special Giveaway ini saya akan dapat memperbaiki lagi kekurangan laman web itu dengan mendapatkan komen-komen yang ikhlas dari anda semua

 .
Syarat Utama
1.Sila buat satu entry bertajuk Special Giveaway Handmade Bag ct N honey.

2.Pastikan copy & paste syarat utama dan link gambar ke entry Special Giveaway Handmade Bag ct H honey ini.

3.Pergi ke laman web Handmade Bag ct N honey, jawab soalan dibawah dan hantar melalui 'CONTACT US' di laman web tersebut.

4.Soalannya
a) First Impression (pandangan pertama mengenai laman web Handmade Bag ct N honey)
b)Jika ada ingin membeli product Handmade Bag ct N honey adalah prosesnya senang dan faham caranya
c)Beri komen seikhlas hati untuk membaiki lagi kekurangan laman web ini.

5.Tinggalkan link entry yang telah dibuat dibahagian komen dibawah juga berikan alamat email anda.

Memandangkan ini adalah Special Giveaway Handmade Bag ct N honey hadiahnya mestilah special. Hadiahnya ialah seorang pemenang boleh memilih mana-mana product yang dijual dilaman web Handmade Bag ct N honey yang berharga rm20-rm70.

Special Giveaway Handmade Bag ct N honey ini  berlangsung dari 18-20 Nov 2013.

Bagi anda yang join Special Giveaway Handmade ct N honey ini diucapkan terima kasih dan diharapkan anda adalah salah seorang pemenang bertuah itu.



Download Dan Lirik Drama Be Careful With My Heart (Jodi Sta. Maria & Richard Yap)

$
0
0


Written by: Jose Mari Chan

If you love me, like you tell me

Please be careful with my heart

You can take it, just don't break it

Or my world will fall apart.




You are my first romance, and I'm willing to take a chance

That till life is through, I'll still be loving you

I will be true to you, just a promise from you will do

From the very start, please be careful with my heart.


I love you and you know I do

There'll be no one else for me

Promise I'll be always true, for the world and all to see

Love has heard some lies softly spoken

And I have had my heart badly broken

I've been burned and I've been hurt before.


So I know just how you feel, trust my love is real for you

I'll be gentle with your heart, I'll caress it like the morning dew

I'll be right beside you forever

I won't let our world fall apart

From the very start, I'll be careful with your heart.


You are my first (and you are my last) romance

And I'm willing to take a chance (I've learned from the past)

That till life is through, I'll still be loving you

I will be true to you (I will be true)

Just a promise from you will do (only to you)

From the very start (from the very start)

From the very start (from the very start)

From the very start

Please be careful with... (I'll be careful with...)

(Your) (my) heart...




Episod Penuh Musim Ke2 Be Careful With My Heart (selepas Maya Dan Chief Berkahwin)

$
0
0
Tonton Online Cerita Be Careful With My Heart selepas berkahwin
Semua peminat cerita bersiri Filipina Be Careful With My Heart TV3 sudah tahu yang cerita ini sudah tamat.  Boleh dikatakan seperti cerita Putera Raja dan Permaisuri yang akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.. Tapi yang tak bestnya, TV3 hanya menyiarkan episod akhir,Maya dan Sir Chief berkahwin. Sebenarnya masih panjang lagi cerita mereka.

Selepas Maya dan Sir Chief berkahwin mereka bakal menimang baby kembar. Manakala ayah Maya yang selama ini menghilang telah kembali semula. Juga banyak lagi cerita mengenai Abby, Nikky dll.

Untuk mereka yang tidak puas hati sebab tidak dapat menonton episod Maya dan Sir Chief selepas berkahwin ini ada link baik punya....Ala..ala  macam http://www.tonton.com.my/. Tapi disebabkan kita ni bukan orang Filipina sesiapa yang nak tengok kena lah bayar. Tak mahal hanya rm17 sahaja untuk 10 hari. Rasanya cukup masa nak tengok Be careful With My Heart hingga ke episod terkini yang masih lagi bersiaran sekarang di Tv Filipina..enjoy

Tonton Online Cerita Be Careful With My Heart selepas Maya dan Sir Chief berkahwin http://tfc.tv/

Download Dan Lirik Drama Be Careful With My Heart (Jodi Sta. Maria & Richard Yap)

Up date: Boleh juga tonton di sini FREE  Sambungan Be Careful with my heart TV3


Sinopsis Drama Kasih Berbisik Gabungan TV3 Dan MediaCorp Suria

$
0
0
Penggambaran drama pertama gabungan Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) kini sedang berlangsung di Kuala Lumpur dan juga di Perlis. 


Drama ini dibintangi oleh artis-artis terkemuka Singapura, Indonesia dan Malaysia seperti Nick Mikhail, Nurul Aini, Atikah Suhaime, Remy Ishak, Keith Foo,Nora Danish, Tasha Shila, Hisyam Hamid,  Nurul Aini dan Isti Ayu Pratiwi.

 Drama Kasih Berbisik Keith Foo dan Atikah Suhaime
Sinopsis Drama Kasih Berbisik
Drama Kasih Berbisik 13 episod ini dijangkakan ditayangkan pada separuh kedua tahun 2014 di TV3, saluran televisyen  terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. 


Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh.

Drama Kasih Berbisik ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.


 Drama Kasih Berbisik  Atikah Suhaime
 Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam yang menyusul pasti akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama Kasih Berbisik13 episod ini.
Drama Kasih Berbisik  
  Di harap dengan gabungan Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura menonton Drama Kasih Berbisik di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).Lebih info di sini

Viewing all 320 articles
Browse latest View live