Quantcast
Channel: ctnhoney
Viewing all 320 articles
Browse latest View live

Handbag PU Leather Handmade ct N honey

$
0
0
Sling bag & Handbag menggunakan material PU 
Alhamdulillah sudah 19 Ramadan pada hari ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak menyambut hari raya. Nasib baik semua tempahan bag telah siap dan di pos hari isnin yang lepas. Memang letih bila kejar masa untuk menyiapkannya. Cara saya hilangkan stress dan merehatkan minda bila semua tempahan sudah siap dengan menjahit suka-suki. Macam mana pula tu kan. Menjahit tapi hilangkan letih dengan menjahit.....



Bila siapkan tempahan kita kena mengikut apa kehendak pelanggan. Walau susah dan rumit kita kena buat dan siapkan juga. Itu yang kadang-kadang stress..belum kira lagi bila ukuran tak sama dan jahitan tak menjadi.Bila jahit suka-suki masa itulah kreativiti kita keluar.Pattern apa yang ada dalam kepala buat aje. Jadi ke tidak belakang cerita....Adat lah kadang-kadang memang teruk hasilnya, dari situ saya belajar dari kesilapan. Bila hasilnya mavelous bangga sangat sebab satu lagi pattern baru  Handmade Bag ct N Honey dapat dihasilkan.

Ok sebenarnya untuk entry hari ini saya nak share sling bag dari material PU. saya masih baru lagi menjahit guna PU ini. Masih belajar cara yang betul untuk menjahitnya. Kena berhati-hati bila menjahit untuk mengelakkan dari koyak,calar dan berlubang dari bekas jarum. Sangat-sangat teruja bila nak menyiapkan sebab tak sabar nak tunggu hasilnya.
Untuk info saya sudah dapat menghasilkan 2 pattern bag dari material PU...Walaupun simple tapi alhamdulillah setakat ini saya puas hati dengan hasilnya.
Handbag dari material PU Handmade ct N honey

Sling bag dari material PU handmade ct N honey





Edisi Terkini Handbag Hari Raya 2014

$
0
0
Handbag ct N honey (Bergaya di hari Raya)

Rasanya ramai dah buat persiapan hari rayakan. Maklum lah tinggal beberapa hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya.....

Seperti biasa macam tahun sudah juga sangat-sangat berkira dalam bershopping. Maklum lah kalau dah ada 6 anak ni...kalau tak buat budget 2 ribu pun tak cukup...


Jadi salah satu cara untuk mengurangkan belanja Hari Raya jahit lah baju sendiri.(kononnya lah,kain pun belum potong lagi) tak tahu lah sempat ke tidak jahit ataupun menjadi....Lepas habis kursus menjahit dengan MAINS pada awal tahun tak pernah lagi cuba jahit baju...
                 
Ok,lupakan dulu pasal baju raya. Sekarang ini nak cerita tentang beg raya saya pula.Kalau tak ada majlis memang tak sempat dan banyak alasan aje nak buat beg untuk diri sendiri. Asyik settlekan tempahan customer sahaja.

Handbag yang telah dijahit
Mula-mula potong kain pening juga nak match kan corak hijau ni. Nak matchkan dgn plain oren macam menyerlah pula warnanya.Kalau dengan plain hijau rasa macam tak sanggup pula nak bawa nanti. Akhirnya match dengan plain merah hati(maroon) itupun macam tak kena juga...

Handbag yang telah disiap terbalikkan. Kena iron lagi sekali untuk hilangkan kedut
Gusset(bahagian tepi beg) 
Bahagian inner(dalam beg) Ada 2 poket terbuka dan 1 poket berzip.Span dijahit silang untuk nampak lagi cantik dan kemas
Part yang paling menyakitkan. Jahit tali beg guna jahit tangan

Untuk handbag kali ini saya kemaskan dengan kelim bahagian atas. Part ni buat saya mengantuk sebab kena jahit rapat untuk nampak kemas
Aksesori yang ditambah di handbag. Supaya lebih nampak eksklusif (agaknya lah)
Tada... dah siap. Gambar handbag di bahagian dalam.
Bila dah siap, ermmmm boleh tahan juga...Jadi tak perlulah bergaya di hari raya ni dengan beg LV,Coach ke (walaupun sebenarnya tak pernah beli pun). Sangat-sangat berbangga dengan Handmade bag dari  ct N Honey yang dihasilkan dengan sentuhan kasih sayang...

Untuk melihat lagi banyak gambar boleh ke entry http://cthoney.blogspot.com/2014/07/pattern-terbaru-handmade-ct-n-honey.html

Kalau ada pertanyaan boleh lah ke page saya https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney

Pattern Terbaru Handmade ct N honey (maroon bag)

$
0
0
Pattern berbaru bag dari ct N honey
Ukuran
Panjang 11 inci
Tinggi 10 inci
Lebar 3 inci

Poket
 kiri kanan bahagian luar
   2 di bahagian depan
  1 berzip di bahagian dalam
 2 terbuka di bahagian dalam

Jenis Kain
linen bahagian luar
(corak menara eiffel,corak dot)

Heavy cotton
Plain maroon dan kain inner(bahagian dalam)

Tali bag
PU leather

Maroon bag- bahagian luar dan bawah beg



Maroon bag-Mempunyai banyak poket

Maroon bag-tali bag PU leather

Maroon bag-bahagian sisi bag

Maroon bag- bahagian dalam 

Pattern terbaru Handmade ct N honey-Maroon bag

Cara mengelak penipuan membeli di Internet

$
0
0
Kita selalu mendengar kes penipuan di internet terutama pembeli wanita kerana kuasa membeli wanita yang tinggi berbanding lelaki. Kejadian ini sebenarnya ialah berpunca daripada kecuaian dan sikap ambil mudah oleh pembeli itu sendiri, atau mungkin si pembeli baru hendak mencuba melakukan pembelian melalui online.Dengan pelbagai tawaran menarik, diskaun hebat dan juga mendakwa bahawa produk mereka adalah original pastinya ramai yang tertarik. Jadi,tips yang paling mudah untuk mengelakkan daripada ditipu dengan mudah adalah

1. Pastikan website tu 'https'. 'Https' bermaksud website tu telah dijamin selamat. Maklumat yang kita bagi pun dia dah encrypt supaya orang lain tak boleh nak baca senang-senang.

2. Dengan melakukan carian di search engine seperti di laman web carian terkenal iaitu google.com.,cuba lakukan carian tentang nama penjual barang tersebut melalui nombor akaun bank yang diberikannya.Lihat contohnya di aspirasicyber

3. Jangan shopping menggunakan free wifi yang tidak menggunakan secured wifi dan melakukan pembayaran internet seperti melalui Mastercard atau Visa kerana untuk mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicerobohi.

4. Melakukan pembelian di laman web seperti lelong.com.my atau ebay.com.my adalah jauh lebih selamat daripada laman web seperti mudah.com.my.Ini kerana sistem dan tahap sekuriti yang digunakan oleh laman web lelong dan ebay adalah lebih baik seperti menggunakan sistem feedback melalui i-trader dan juga meminta pengesahan daripada pihak penjual seperti pengesahan nombor kad pengenalan,no telefon dan sebagainya.

5. Gunakan kad kredit.Terutama barang dari luar negara yang berharga mahal. Kerana kita akan mendapat bayaran semula sekiranya barang yang kita beli tu tidak sampai atau pun rosak. Mengikut term and condition.

6. Membuat pembayaran melalui akaun PayPal. PayPal merupakan satu bank online yang paling dipercayai di dunia dan juga ianya menguruskan sebarang transaksi jualan dan pembelian secara selamat diantara pembeli dan penjual di seluruh dunia. Duit anda akan dikembalikan kepada anda sekiranya anda merasakan bahawa anda telah ditipu oleh penjual online ataupun sekiranya anda merasakan bahawa barang yang dibeli adalah tiruan!. Sebagai pembeli, anda harus meminta akaun PayPal penjual online bagi memastikan anda selamat berbelanja secara online. Sebagai penjual, mereka seharusnya mempunyai akaun PayPal sekiranya anda benar-benar jujur berniaga!

7. Gunakan antivirus dan sentiasa up-to-date. Antivirus ni bertindak sebagai perlindung PC anda daripada virus-virus pencuri maklumat di internet.

Jadi sudah bersedia nak membeli-belah melalui online? Pastikan semua maklumat di atas sudah anda fahami.

Koleksi Beg Dora The Explorer & Tema Merah

$
0
0
Pasti sekarang ini ramai yang sibuk mengadakan rumah terbuka hari raya. Tak kurang juga ada yang dah tak larat nak menghadirkan diri untuk memenuhi jemputan rumah terbuka. Saya pula bercuti sehingga raya ke 3 sahaja.

Walaupun kerja sendiri,tak ada punch card, bukan alasan nak cuti panjang. Lagipun tempahan dari pelanggan ni sebenarnya sebelum cuti raya lagi kena siapkan. Alhamdulillah dapat pelanggan yang memahami, maklumlah banyak perkara yang nak di uruskan semasa penghujung ramadan lepas.

Kali ini tempahan dari seorang guru sekolah.

 1)Simple tote bag(saiz besar). Senang nak masukkan semua buku latihan dan segala keperluan sekolah dalamnya

Ukuran
panjang 16"
tinggi 13"
lebar 7"

2)Mini Travel Bag/Boxybag 

Ukuran (saiz kecil) boleh juga dijadikan pencil case. Maklumlah alat tulis guru banyak.
Panjang 7"
Tinggi 4"
Lebar 31/2"

Ukuran (sederhana)
Panjang 8"
Tinggi 6"
Lebar 5"


3)Clutch. Boleh di isi barangan peribadi seperti hp,alat mekap,kunci dan wallet saiz kecil

Ukuran
Panjang 9"
tinggi 5"


                                

4)Tote bag corak dora the explorer(Untuk anak perempuannya bawa ke taska juga boleh di bawa ke sekolah agama,tuisyen)

Ukuran
panjang 12"
tinggi 10"
Lebar 3


Untuk info harga mengikut jenis kain,ukuran dan penambahan aksesori dari pattern asal. Jika berminat boleh ke page  Handmade Bag ct N Honey atau email sitinoorhz@gmail.com untuk maklumat lanjut.





Tempahan Langsir dan Hiasan Rumah Corak English Style

$
0
0
Tempahan langsir mudah dan murah
                             
Koleksi kain Heavy Cotton berbagai corak boleh dibeli kini. Banyak kegunaan kain Heavy Cotton terutama untuk hiasan rumah dan craft. Buat peminat corak English atau Vintage sekarang ini corak Vintage ada bermacam jenis dan warna, pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Kain Heavy Cotton sesuai untuk di buat langsir dan hiasan rumah. Kalau yang pandai menjahit memang menjimatkan duit boleh mengdeko hiasan rumah sendiri.


Hiasan dalaman yang simple dan kemas
Tema Vintage untuk hiasan kediaman
Untuk yang ingin menghias kediaman dengan hasil kerjatangan sendiri boleh membeli kain Heavy Cotton secara online. Terdapat berbagai corak seperti corak Vintage, corak Kartun, corak bermotifkan bunga, corak jalur dan abstrak. Boleh ke page https://www.facebook.com/heavycottononline .

Di page Heavy Cotton Online pelanggan boleh membeli seberapa banyak corak dengan minimum 1m setiap corak. Kain akan diposkan menggunakan pos laju atau parcel/pos biasa. Jimat dan mudah hanya tunggu sahaja kain sampai kerumah.Harga dari rm12-rm14 sahaja.

Untuk yang ingin menempah langsir atau hiasan kediaman rumah boleh terus ke FB ‎Ct Home Deco. Pelanggan boleh memilih corak dan tema hiasan rumah dan hasil yang telah siap akan terus diposkan. Senang dan mudah kan...

P/s.Gambar 1 dan 2 dari Ct Home Deco.Terima kasih dengan hasil kerjatangan yang sangat cantik











Tutorial Buka Akaun Ummaland & Upload Profile Picture

$
0
0
Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kewujudan satu lagi Laman sosial terbaru iaitu Ummaland.

Ummaland adalah Laman sosial yang membolehkan anda untuk berhubung dan berkongsi dengan saudara Muslim di seluruh dunia.

Ummaland juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Dalam masa yang sama, tujuan Ummaland diwujudkan untuk menjadi tempat menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Di harapkan Ummaland yang dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji akan memberi manfaat buat orang Islam semua.

Jadi hari ini saya nak buat tutorial cara membuka akaun di Ummaland, juga cara untuk load profile picture di akaun.Ramai yang kata susah nak load profile picture asyik tak jadi aje.

Ok..kita mulakan



Mula-mula pergi ke link http://www.ummaland.com/ isi kan diruang kosong butir peribadi yang diminta. Gunakan alamat email gmail,yahoo yang selalu anda gunakan untuk membuka akaun Facebook. Selepas semua di isi tekan sign up.

 Ini lah akaun ummaland anda. Perkara pertama yang nak di edit mesti lah gambar profile.Nanti macam mana kawan nak accept friend sebab tak kenalkan.Klik nama akaun.


Letakkan cursor di gambar, akan keluar EDIT dan klik.
Klik choose file. Ambil gambar yang berkenan dihati di dalam komputer.Klik upload picture.
Kebanyakkan ramai yang dapat macam ini bila load gambar. Antara sebabnya mungkin saiz gambar besar, ataupun mungkin line internet problem lambat macam siput. Boleh cuba lagi sekali, tekan Home dan buat step diatas semula. Ataupun pilih sahaja gambar lain.
Bila gambar sudah berjaya di load, klik di gambar tersebut.Akan keluar preview seperti gambar di bawah.


Klik gambar lagi sekali dan adjustlah bahagian mana yang nak dijadikan profile picture seperti gambar di bawah.


Selepas berpuas hati bolehlah klik save Avatar.

Klik ke Home dan bolehlah mula add friend. Untuk permulaan bolehlah war-warkan akaun ummaland anda ke akaun Facebook supaya rakan anda di Facebook tahu.


Juga ke Media Sosial yang lain.Boleh juga add saya di di sini. Selamat berkenalan.




Tukang Jahit Bakal Disaman Hasilkan Tudung Ilham Dari Bendera Palestin

$
0
0
Jubah dan tudung ilham dari Bendera Palestin
Hari ini nak share tentang satu cerita hot,terutama buat tukang jahit baju,jubah dan tudung di luar sana yang mendapat ilham menghasilkan produk dari corak Bendera Palestin. Tukang jahit beg duduk diam dulu, hi..hi..hi...

Seperti biasa bangun pagi baca FB dulu. Maklumlah bisnes online perkara pertama kena baca message dulu, jangan buat pelanggan tertunggu-tunggu jawapan.Salah satu asas bisnes Online yang diberitahu masa pergi kursus anjuran Jabatan Pembangunan Wanita dulu.

Terbaca dalam group tentang satu isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang ni oleh ahli-ahlinya. Dikatakan Suci by Yatt Hamzah telah 'sound' seorang tukang jahit tudung shawl kerana meniru design koleksi tudung mereka. Dibawah ini saya sharekan.

Wahh!! Dah kena warning uallz...
Betol ke kita xbleh wat shawl bendera palestin ni?
Dia kata yatt hamzah punya design.. biar betul?
Bendera ni dia yg lukis untuk palestin ke ape?
Terkejut jgk org dia blh wasap kita pg2 buta.
Cer korang komen skit.. eden xthu pun bndera
Palestin 2 cop yatt punya.. korng thu ke?

 
                         






 



 Saya tukang jahit je,bukan peguam. Jadi tak tahulah pasal undang-undang ni. Ermm...Tiba-tiba dapat ilham nak buat beg ilham bendera Palestin pula. Boleh ke?..
                                       

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

$
0
0
Episod akhir Drama Rindu Awak 200% dijangkakan 2 minggu lagi. Buat masa ni tak sabar nak tengok tindakan  Zul Ariffin (Zill Faezrul Iqbal) terhadap Ayda Jebat ( Armel Aisya) setelah kematian ayah Zill.

Drama yang bakal mengantikan Drama Rindu Awak 200% adalah adaptasi novel Maaf Jika Aku Tidak Sempurna.Dijangka kan akan bersiaran pada 2 september 2014. Ermm...dari novel lagi..

Drama Maaf Jika Aku Tidak Sempurna adalah terbitan dari Zeel Production.

Drama maaf jika aku tak sempurna


 Sinopsis Drama  Maaf Jika Aku Tidak Sempurna

"Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan. (Again kahwin paksa)

Walaubagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati.Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan.

Luqman ditangkap khalwat.Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?"

Barisan pelakon drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Fahrin Ahmad,Amya Mastura,Tasha Shilla,Sara Ali,Ika Nabila Reza Hasbi dan Hafny Saad.



gambar lokasi drama maaf jika aku tak sempurna




Layan OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna Liza Hanim, Egoismu.

Seronok Bekerja Dari Rumah

$
0
0

Handmade ct N honey. Handbag,sling bag,lunch bag,cover files


Tempahan beg yang dapat disiapkan untuk minggu ini. Tempahan dari seorang guru lagi. Alhamdulillah tempahan untuk bulan Ogos dan September sudah penuh. Selepas ini kena kurangkan masa bersantai depan TV dan Ltop.



Kelebihan jadi seorang surirumah juga bisnes online ni, masa kerja ikut suka hati saja. Tak de mood menjahit pagi, buat petang. Letih menjahit layan cerita korea, tak pun slot Akasia drama Rindu Awak 200% yang sedang meletup sekarang ni...Lepas ni ganti pula dengan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna....errmm.. sabar aje lah

Rutin saya sebagai surirumah merangkap tauke,pekerja,akauntan dll lagi. Selepas  selesaikan anak pergi sekolah buka Ltop tengok FB,Gmail, Whatspp dan yang terbaru Ummaland untuk balas pertanyaan customer.Mula menjahit sambil layan internet hingga tengahari. Petang layan TV ataupun masa untuk layan anak. Dalam pada masa tu internet sentiasa on,jadi tidak ada masalah customer boleh bertanya atau untuk menempah beg bila-bila masa.Waktu malam sambung menjahit hingga mata rasa nak tidur. Selalunya pukul 12 masuk tidur. Kadang-kadang mood menjahit dah datang bolehlah menjahit sampai ke pagi.....

Klik untuk Tutorial Buka Akaun Ummaland & Upload Profile Picture

Menjadi surirumah dan menjalankan bisnes online dari rumah paling seronok kerana boleh menentukan kerja mengikut kesesuai dengan waktu sendiri. Kurang stress tak de nak terkejar-kejar siapkan kerja.Asalkan siap dan dapat poskan barang mengikut tarikh yang telah dijanjikan dengan customer. Setiap bulan dapat gaji.

Beg bermotifkan gambar kucing,corak vintage dan jalur
Balik semula cerita tentang tempahan minggu ni. Guru ni boleh dikatakan regular customer juga. Tak silap saya ini kali yang 3-4 dia menempah. Sekali tempah banyak, memang ambil masa lebih seminggu nak siapkan. Sebahagian tempahan yang pernah di tempah sebelum ini Dompet kanak-kanak bercorak karektor Hello Kitty,pencil case mempunyai banyak poket dan beg untuk ltop saiz dlm 13-15 inci bermotif burung hantu.

Dompet corak Hello kitty, pencil case dan beg ltop

Tempahannya kali ini
1.Sling beg corak Meow
2.Handbag
3.Lunch Bag
4.Cover files

Untuk detail semua product saya akan loadkan esok. Boleh ke page untuk melihat koleksi Handmade ct N honey, juga boleh pm jika berminat untuk menempah.

https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney


Sling Bag Corak Polkadot

$
0
0
Koleksi Sling bag terbaru,sling bag polkadot

Sling Bag terbaru Handmade ct N Honey gambar "meow" khas untuk pengemar kucing. Diperbuat dari kain
linen ditambah dengan renda nampak lebih sweet bila disandang.

Ukuran
Panjang 9"
Tinggi 7"
Lebar 2"
Sling bag polkadot pandangan dari depan
 Sesuai di gayakan dengan baju kurung atau pakaian casual.

Sling bag bercorak kucing 
Talinya boleh di selaraskan mengikut keselesaan sendiri

Sling bag polkadot. Beg mempunyai banyak poket
Mempunyai 1 poket berzip dan 2 poket biasa dibahagian depan untuk memudahkan mengambil barang.
2 poket di kiri kanan (sisi) bag.Sesuai untuk barang kecil seperti pen.
Ada zip bahagian atas untuk langkah keselamatan.
Ada 1 poket berzip dan 2 poket biasa di bahagian dalam bag.

Untuk tempahan boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun boleh email sitinoorhz@gmail.com


Vintage Roses Handmade Bag

$
0
0
Vintage Roses Handmade bag
 Vintage Roses Handmade Bag. Boleh dijadikan beg berbagai guna.Bersaiz besar dan mempunyai ruang yang luas.

Ukuran
Panjang 17"
Tinggi 11"
Lebar tapak 7"
Handmade bag bermotifkan bunga ros corak vintage
Ukuran vintage roses handmade bag
Disediakan 2 jenis tali bag jenis PU Leather dan cotton. Boleh di sandang di bahu ataupun di pegang di tangan sahaja.

Handmade bag  bersaiz besar berbagai guna
Bahagian bawah tapak beg.
Vintage Roses motif yang digemari oleh ramai orang 
Mempunyai ruang dalam beg dan poket yang luas. Ada 4 poket dan 1 poket berzip.
1 poket di bahagian depan beg.
Zip bahagian atas beg untuk langkah keselamatan.
Menggunakan eyelet logam untuk bahagian lubang tali memberi kekuatan tambahan untuk lubang tali.
Juga membuatkan beg nampak lebih cantik dan kemas seperti handbag yang ada di pasaran.

Handmade bag sesuai digayakan oleh sesiapa dan dimana sahaja  
Sesuai untuk pelajar dan guru.
Boleh mengisi banyak barang terutama buku sekolah, notebook, alat tulis dan lain-lain.

Untuk ibu yang mempunyai anak kecil. Boleh mengisi lebih banyak keperluan bayi seperti lampin pakai buang,baju dan botol susu.

Boleh juga di jadikan beg balik kampung mengisi pakaian dan keperluan peribadi .

Untuk menempah boleh ke page
https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney


Bergaya Dengan Corak Camouflage

$
0
0
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat saya. Jika tidak ada aral saya sekeluarga akan bercuti ke Cameron Highland sempena family day tempat suami bekerja pada sabtu ini. Maknanya kami akan menyambut Hari Merdeka yang ke 57 di sanalah nanti.

Sebagai seorang yang menjual barang terutama yang dipakai salah satu cara untuk promosikan barangan sendiri adalah menggunakan atau memakainya. Itu lah cara yang saya buat jika menghadiri apa-apa majlis ataupun perjumpaan persatuan. Dengan begitu yakin menjawab bila orang bertanya mengenai handmade saya dan bangga menyandang handbag buatan saya sendiri. Yang pasti tiada dalam pasaran...

Travel bag atau beg balik kampung

Untuk minggu ini saya mereka pattern dan membuat ukuran 2 travel bag ataupun beg balik kampung. Sebenarnya ini adalah permintaan suami yang sudah berbulan-bulan minta buatkan. Memandangkan keluarga saya besar satu beg memang tak cukup lah.

Travel bag/beg balik kampung yang pertama saya buat khas untuk suami. Bercorak askar ataupun corak 'camouflage'. Memang sesuai sangat untuk lelaki.

Warna hijau corak 'camouflage'

ukuran
panjang 18"
tinggi 12"
lebar 9"
Sebahagian part yang menyiapka bag balik kampung


Corak Camouflage yang menjadi trend sekarang ini

Corak Camouflage atau corak askar

Travel bag bersaiz besar


Untuk travel bag yang ke dua, masih bercorak askar ataupun corak 'camouflage' tapi yang ini berwarna pink. Sudah semestinya lah beg saya. Saiznya kecil sikit dari berwarna hijau.

Warna shocking pink corak 'camouflage'

ukuran
panjang 18"
tinggi 12"
lebar 7"

Travel bag untuk lelaki dan wanita

Proses menyambungkan badan beg

Corak camouflage berwarna shocking pink

Corak comouflage bergaya ranggi

 Untuk semua rakyat Malaysia saya ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka.

Tema Hari Merdeka untuk tahun 2014 ialah "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta". Semoga negara kita Malaysia akan aman makmur sentiasa.

Untuk melihat lagi banyak koleksi Handmade ct N honey boleh ke page  https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney


Beg Sandang Rekaan Terbaru

$
0
0
Setelah menyiapkan travel bag / beg balik kampung (boleh baca entry di sini). Kali ini nak share dengan semua hasil terbaru handmade saya. Untuk pertama kalinya saya dapat menyiapkan beg sandang atau Bagpack. Sebenarnya memang dah lama nak buat pattern bag ini. Jealous juga bila rakan-rakan di group share gambar beg sandang yang mereka hasilkan.

Beg sandang ini sebenarnya dibuat untuk 2 anak bujang saya. Jadi nak pilih corak tu susah sikit. Masing-masing ada citarasa sendiri.
Beg sandang / bagpack terbaru
Ini hasil pertama beg sandang / bagpack yang saya jahit berwarna biru turquoise . Puas juga godek google cari gambar dan tutorial bagpack.Bukan senang nak hasilkan sesuatu pattern sendiri, Maklumlah saya belajar sendiri tidak ada guru jadi kena study hard sikit lah.

Beg sandang warna biru ini nampak semacam sikit bila dah siap. Saiznya tak kena. Mungkin terlalu lebar ataupun ketinggian beg tak sesuai. Frust juga sebab ambil masa 2 hari nak siapkan tapi hasilnya tak memuaskan. Tapi yang membanggakan saya, walaupun nampak semacam aje beg ni,anak saya mahu juga bawa ke sekolah...Ataupun dia masih sekolah rendah jadi tak pandai sangat tentang fesyen terkini sekarang ni...selamat.....

Beg sandang warna biru turquoise
                               
Kerana semangat menjahit sudah datang saya hasilkan lagi satu beg sandang / bagpack. Kali ini lebih relax sikit menyiapkannya, tak nak rasa nak cepat siap sahaja.

Beg sandang corak petak ini untuk anak bujang no2 saya. Pening juga nak pilih corak, stock kain banyak corak bunga-bunga aje...Harap dia suka beg sandang ini....simple ....Maklumlah ibunya baru belajar buat tak bolehlah  nak request tambah macam-macam.

Ukuran beg sandang / bagpack
panjang 12"
tinggi 18"
lebar 5"

Beg sandang adalah yang terbaik dapat mengurang­kan bebanan daripada beg tangan biasa kerana digalas di bahu.

Selain itu, beg galas membolehkan kedua-dua ta­ngan bebas bergerak dan melakukan aktiviti tanpa diganggu tali beg tangan yang sering jatuh ke le­ngan ketika tunduk atau duduk. Agaknya sebab itu lah beg sandang ini sesuai dibawa ke sekolah.

Beg sandang/ bagpack pattern simple
beg sandang /bagpack untuk lelaki
beg sandang / bagpack untuk ke sekolah 
beg sandang / bagpack poket besar bahagian depan

Fesyen beg sandang sudah kembali sekarang ini
beg sandang / bagpack sesuai juga dibawa pergi bersiar dengan kawan-kawan 
pandangan bahagian dalam beg sandang  /bagpack handmade ct  honey
Hari ini dah mula packing baju untuk pergi bercuti esok. Mestilah guna travel bag baru...Selamat bercuti juga selamat Menyambut Hari Merdeka....

Untuk melihat design terbaru boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney


Shoulder Bag Fabrik Denim Dan Cotton-Nevena Bag

$
0
0
Lepas pergi bercuti bersama keluarga pada 31 Ogos lalu, terus masuk kerja... List tempahan panjang 3 muka surat sudah menunggu.

Tempahan beg kali ini dari seorang pelanggan yang inginkan pattern Nevena Bag. Nasib baik masa ada offer tempoh hari saya dah beli pattern ini di Etsy.com. Jadi tak ada masalah terima tempahan.

Selalunya untuk buat pattern terbaru ambil masa sikit nak siapkan. Untuk Pattern ni saya banyak fikir nak gunakan cotton stabilizer(CS)  ke tidak. Saya guna kain jenis heavy cotton dan denim yang agak tebal.Tapi kalau tidak gunakan CS nanti tak nampak tegap pula....

Fikir punya fikir akhirnya guna juga CS. Bila beli pattern selalunya debaran nak siapkan beg tu kurang sikit, sebab rupa bentuk dan ukurannya kita sudah tahu. Cuma ikut aje pattern dan arahan yang telah diberi.

Ini lah hasilnya Nevena Bag yang sudah siap.

Nevena Bag pattern dari Etsy 
Pattern bag terbaru handmade ct N honey
Corak  motif  Paisley 
material bag dari cotton dan denim
Nevena bag mempunyai kemasan lipatan yang unik dan reka bentuk yang simple. Sangat bergaya cukup untuk menarik perhatian. Beg ini sesuai untuk membawa barangan nipis seperti dokumen,buku dan folder. Ia juga boleh di isi dengan dompet dan barang-barang kecil yang penting. Yang pasti Nevena bag sesuai untuk semua peringkat umur.
handmade bag ct N honey
Nevena Bag handmade ct N honey ditambah dengan aksesori snap button, zip bahagian atas dan 2 poket di bahagian dalam. Pelanggan boleh juga membuat penambahan mengikut kehendak sendiri.

Ukuran
panjang 14"
tinggi 13"

Untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau hantar pertanyaan ke email sitinoorhz@gmail.com

Koleksi Dompet Handmade ct N honey untuk Wanita

$
0
0
Alhamdulillah semenjak saya mula aktifkan balik blog ini rupanya masih ada lagi yang sudi bertandang ke blog ct N honey. Untuk info dulu blog ni macam-macam ada cerita dalamnya. Tapi semenjak dah serius mengambil tempahan bisnes online saya berhenti update blog.

Itulah kata orang bila dah terjebak dengan dunia blogger ni, susah juga nak tinggalkan terus. Jadi sekarang ini saya hanya update cerita handmade ct N honey sahaja.

Selepas selesai membuat tempahan Nevena Bag rehat sehari saja, lepas tu sambung tempahan untuk dompet atau long wallet pula. Untuk bulan ni ada 4 tempahan dan 2 lagi saya buat untuk readystock. Senang sekali buat,jadi proses membuatnya lebih mudah..sama step,tak perlu nak banyak kali buka buku nota.

2 tempahan adalah long wallet. 2 lagi untuk kanak-kanak. 2 lagi menggunakan kain linen dan special aksesori untuk readystock.

Dompet berwarna biru bersaiz pendek,sesuai untuk kanak-kanak ataupun mereka yang tidak memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan wang.

Ukuran
panjang 5"
tinggi 31/2"
mempunyai 3 slot kad
2 tempat menyimpan duit kertas
poket berzip untuk duit syiling.

dompet sesuai untuk budak perempuan

Untuk long wallet berwarna merah pula
Ukuran
panjang 8+-"
tinggi 31/2"
mempunyai 6 slot kad
2 tempat menyimpan duit kertas
poket berzip untuk duit syiling.



long wallet bercorak bunga yg simple



dompet handmade ct N honey mengunakan penutup PU leather

long wallet handmade ct N honey menggunakan zip YKK




Koleksi dompet handmade ct N honey
Untuk tempahan boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau email ke sitinoorhz@gmail.com



Ilmu Untuk Dikongsi.Tutorial Pemasangan Twist Turn Lock

$
0
0
clutch handmade ct N honey yang menggunakan twist turn lock
Hari ini nak buat tutorial bagaimana nak pasang twist turn lock. Bila menggunakan twist turn lock beg akan nampak lagi cantik, ala-ala beg berjenama pula. Selain menggunakan magnetic button twist turn lock juga selamat untuk beg kita. Rasanya tak mudah twist turn lock ni terbuka dengan sendirinya.

Memasang twist turn lock ini tidak lah sesusah mana pun. Yang penting ingin mencuba supaya beg yang kita hasil kan akan bertambah baik dari masa ke semasa selari dengan pengalaman yang kita ada. Dari itu boleh lah kita letakkan harga handmade  kita dengan harga yang sepatutnya.


Jika hendak menggunakan twist turn lock perkara pertama yang kita kena tahu ialah, twist turn lock ini sedikit berat jadi beg kita seharusnya tegap. Beg kita perlulah menggunakan kain jenis yang tebal dan ditambah dengan cotton stabilizer/ kain gam. Dengan itu beg kita tidak akan jatuh bila sudah dipasang twist turn lock.

Twist turn lock boleh dipasang setelah beg siap dijahit ataupun ketika proses menyiapkan penutup beg. Terpulang kepada anda. Saya lebih suka memasang twist turn lock sebelum siap beg. Sebab trauma bila dah siap beg tersilap masa proses mengunting lubang di penutup beg.....Berlagulah saya menangis macam-macam lagu keluar.....
Tutorial twist lock 1
1.Twist turn lock mempunyai 2 set. 1 set ada 2 kepingan/plate. Ia di pasangan di flap/penutup beg. 1 untuk bahagian depan(berbentuk love) dipasang di hadapan penutup dan 1 kepingan lagi dibelakang penutup beserta dengan 2 skru. .

Manakala 1 set lagi untuk dipasang dibahagian badan beg. Ada 1 pemusingnya yang mempunyai 2 kaki dan satu kepingan logam untuk mengetatkan kedudukannya.

Alatan lagi yang diperlukan seperti gunting,pisau dan skru driver.
 Tutorial twist lock 2
 2. Ambil penutup beg. tandakan kedudukan tengah penutup beg supaya twist turn lock akan di pasang ditengah-tengah penutup. Letakkan kepingan bahagian belakang twist turn lock dibelakang penutup dan tandakan lubangnya.
 Tutorial twist lock 3
 3.Tandakan seperti di dalam gambar.
 Tutorial twist lock 4
 4 HATI_HATI
Gunting kain mengikut garisan yang telah di tanda tadi. Pastikan ukurannya adalah tepat mengikut bentuk lubang kepingan bahagian depan penutup. Boleh gunting sedikit dulu dan cuba. Buat sehingga lubang itu betul-betul mengikut ukurannya.
 Tutorial twist lock 5
 5. Kepingan yang dipasang di bahagian depan penutup.
 Tutorial twist lock 6
 6. Masukkan ke dalam lubang yang telah digunting tadi seperti dalam gambar.
 Tutorial twist lock 7
7.Ambil penutupnya, samakan kedudukkan berpandukan lubang skru.
 Tutorial twist lock 8
 8. Skru kan sampai ketat.
 Tutorial twist lock 9
 9. Siap sudah memasang twist turn lock untuk set yang pertama.
 Tutorial twist lock 10
 10. Setelah siap beg di jahit. Masa untuk memasang set ke 2.Untuk set yang ke2 pula pastikan kedudukan penutup di tempat yang betul.Tandakan 2 garisan untuk dimasukkan pemusingnya.
 Tutorial twist lock 11
 11.Cucuk supaya ada lubang digarisan tadi. Seperti dalam gambar.
 Tutorial twist lock 12
 12.Masukkan kaki pemusing sehingga habis dan letakkan pengetat nya seperti yang di tunjukkan di gambar.
 Tutorial twist lock 13
13. Bengkokkan kaki supaya pemusing tidak bergerak dan ketat.


Semoga tutorial ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada kawan-kawan semua.

Jika ada yang tidak faham, mungkin ayat saya tunggang terbalik..bolehlah komen dibawah ataupun hantar ke email sitinoorhz@gmail.com.




Tempahan Terbaru Clutch/Wristlet Beg Untuk Wanita

$
0
0
Clutch bag handmade ct N honey

Salam hari isnin. Badan ni masih letih lagi. 2 hari menjahit tanpa henti. Rasanya macam boleh pecahkan guinness book of recond pula. Ermm boleh jugakan. Setahu saya belum ada lagi rekod yang dibuat menjahit tanpa henti selama 24 jam...hi..hi...

Bermula pada malam jumaat siapkan material untuk buat 6pcs dompet ( Koleksi Dompet Handmade ct N honey untuk Wanita ) sehinggalah ke pagi.En abang tidur seoranglah malam tu (sabar aje lah ya). siap semuanya pada petang sabtu.


Malamnya pula siapkan untuk 5pcs clutch. Gunting kain dan iron dengan cotton stabilizer / kain gam. Bangun pagi Ahad terus menjahit hinggalah pukul 7mlm baru selesai. Berhenti menjahit bila perlu aje...

Bulan ni memang betul-betul menguji kesabaran dan ketahan diri. Alhamdulillah tempahan banyak masuk. Nak di tolak tak sampai hati, cuma berharap sangat yang pelanggan  Handmade Bag ct N Honey setia menunggu tempahan masing-masing siap. Rasanya saya sudah sehabis mungkin untuk menyiapkan tempahan dengan cepat...

Clutch handmade ct N honey yang bersaiz comel sesuai untuk mengisi hphone, gugusan kunci, mekap juga dompet bersaiz kecil.Sesuai untuk mereka yang mahu ringkas bila keluar rumah.

Ukuran.
Panjang 9"
tinggi 5"

Clutch bag bercorak vintage rose
clutch bag handmade ct N honey menggunakan twist turn lock

Bahagian dalam clutch bag
Dijahit quilt silang
menggunakan zup YKK
bahagian dalam menggunakan batting/span sepenuhnya
disertakan sekali key fob/keychain memudahkan memegang clutch bag

clutch bag mengunakan magnetic button di hiasi dengan button comel

Pelanggan boleh memilih sama ada mengunakan button magnetic ataupun twist turn lock. Harga dari rm30-rm60 bergantung kepada jenis kain yang dipilih.

Untuk tempahan boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau hantar email ke sitnoorhz@gmail.com

Untuk anda yang ingin mencuba sendiri memasang twist turn lock boleh ke tutorial
http://cthoney.blogspot.com/2014/09/ilmu-untuk-dikongsitutorial-pemasangan.html



Cara Mudah Edit Gambar Produk Untuk Tingkatkan Jualan.

$
0
0
Hari ini tak bercerita tentang hasil handmade saya. Kalau ikutkan perancangan malam tadi sampai ke subuh nak menjahit. Tapi masuk saja pukul 2 pagi mata dah mengantuk.

Nak hilangkan mengantuk kena layan facebook, cuci mata di pinterest, dan keluarkan kreativiti mengedit.

Semasa bulan puasa lepas facebook cover bertemakan hari raya, sekarang ni sudah habis bulan syawal..jadi memang patutpun kena tukar.


Semenjak jumpa web http://www.picmonkey.com/free kerja mengedit jadi seronok sangat. Tak sabar-sabar nak buat sessi fhoto shoot bila selesai membuat beg. Semenjak saya aktif balik update entry di blog,semua gambar handmade saya telah di edit dengan berbagai cara supaya gambar handmade bag nampak lebih menarik.
Pattern eksklusif handmade bag ct N honey (profil picture facebook)

Ini facebook page cover handmade bag ct N honey

Ini pula personal facebook cover saya


 Jika mahu mencuba bolehlah ke link diatas. Tidak susah untuk mengedit menggunakan picmonkey.com.

Koleksi Beg Motif Bunga Warna Pastel Dan Ceria.

$
0
0
Minggu yang memenatkan,tapi harus gagahkan juga untuk settlekan tempahan minggu depan. Banyak juga tempahan minggu ini yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah. Macam-macam warna yang dipilih oleh pelanggan untuk beg tempahan kali ini.

Beg bermotif bunga,motif kilt (warna merah),vintage roses juga warna pastel dan yang ceria.

In sha allah ada projek baru dalam perancangan. Kalau berjaya nanti saya sharelah dengan semua. Kalau tak dapat duduk menung sorang-sorang.

Hari ini dah mula cuti sekolah selama seminggu. Pasti dalam rumah dari pagi hingga ke malam riuh dengan suara anak-anak bujang. Tak tahu lah macam mana nak fokus menjahit. Seorang nak makan,seorang nak mandi yang lain berkelahi...uhuh..minggu yang penuh kesabaran.

Sebahagian koleksi tempahan handmade ct N honey 

Ok, layan gambar hasil tempahan yang telah siap. Isnin nanti saya akan poskan dan dalam 2-3 hari beg ini akan bertemu dengan pemilikinya.
Elly handbag (sempena nama pelanggan yang menempah)

Koleksi bag corak vintage roses handmade ct N honey 

Hipster bag handmade ct N honey motif bunga dan kilt 

cotton bag handmade ct N honey
Selamat berhujung minggu untuk semua.

Untuk menempah boleh ke page  https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau ke email sitinoorhz@gmail.com



Viewing all 320 articles
Browse latest View live